Tuesday 26 April 2016

LAPORAN KEM MOTIVASI “BELIEVE ME, I CAN FLY”

          Pada 11 dan 12 Mac 2016, SJK (C) Chee Mong telah mengadakan Kem Motivasi “Believe Me, I Can Fly”  selama 2 hari satu malam bertempat di SJK (C) Chee Mong. Kem ini telah disertai oleh murid-murid Tahun 3, Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6. Semua guru terlibat dengan program ini. Selain itu, program ini dibantu oleh sukarelawan yang dijemput khas dari Kuala Terengganu serta dibantu oleh ahli alumni sekolah yang bertindak sebagai fasilitator.

11 MAC 2016

8.30 pagi - 9.00pagi
Para peserta mula membuat pendaftaran bagi mengesahkan kehadiran mereka. Para peserta diminta meletakkan barang-barang yang dibawa ke bilik yang ditetapkan. Kemudian, aktiviti diteruskan dengan tarian (ice breaking).

9.00 pagi -10.30 pagi
Para peserta berkumpul di dewan kecil mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. Taklimat dari ketua kem komander telah diadakan. Para peserta turut diperkenalkan dengan barisan AJK. Aktiviti diteruskan dengan sesi bergambar.

10.30 pagi – 12.00 tengah hari
Sesi ceramah disampaikan oleh penceramah jemputan.

12.00 tengah hari – 1.00 petang
Para peserta makan tengah hari.

1.00 petang – 1.30 petang
Aktiviti uji kaji telah dijalankan. Para peserta dikehendaki berada di dalam kumpulan masing-masing. Setiap kumpulan dikehendaki bergerak ke stesen yang ditetapkan dalam tempoh masa tertentu secara bergilir-gilir.

1.30 petang – 2.00 petang
Aktiviti menari.

2.00 petang – 3.30 petang
Sesi ceramah kedua oleh penceramah jemputan.

3.30 petang – 4.45 petang
Aktiviti seterusnya adalah permainan secara berkumpulan. Para guru juga turut serta mengambil bahagian di dalam permainan ini.


4.45 petang – 5.30 petang
Para peserta dibenarkan berehat dan membaut persiapan diri.

5.30 petang – 7.30 petang
Para peserta dikehendaki membuat persediaan makan malam sambil dibantu oleh guru kumpulan memasak. Kemudian, murid-murid serta para AJK bersedia untuk makan malam .


7.30 petang – 10.00 malam
Nyanyian beramai-ramai.

8.15 malam – 10.00 malam
Aktiviti diteruskan dengan permainan siasatan. Setiap kumpulan diberi tugas untuk menyiasat satu kes di mana terdapat beberapa stesen telah disediakan sebagai penunjuk kepada setiap kumpulan. Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk memupuk semangat jati diri para peserta serta melatih para peserta untuk menjadi lebih berani dalam mengharungi situasi sukar di masa akan datang.

10.00 malam – 10.15 malam
Makan ringan.

10.15 malam
Tidur.


12 MAC 2015

6.45 pagi  7.00 pagi
Para peserta berkumpul di dewan kecil.

7.00 pagi – 7.15 pagi
Senaman pagi.

7.15 pagi – 8.15 pagi
Aktiviti berdasarkan situasi di mana para peserta harus bergerak dalam kumpulan untuk bekerjasama menempuhi halangan dan rintangan bagi menyelamatkan fasilitator yang telah diculik. Aktiviti ini bertujuan untuk memupuk semangat bekerjasama dalam kumpulan dan perasaan prihatin terhadap orang lain.

8.15 pagi  8.45 pagi
Sarapan pagi.

8.45 pagi – 1.00 petang
Aktiviti bersama anggota JPAM. Para peserta didedahkan dengan pelbagai aktiviti serta kemahiran asas pertolongan cemas seperti memadamkan kebakaran dan menyelamatkan mangsa-mangsa kebakaran.

1.00 petang – 2.15 petang
Makan tengah hari.

2.15 petang – 3.00 petang
Setiap kumpulan diberi tugas untuk membersihkan kawasan di sekitar sekolah. Para peserta juga dikehendaki mengemaskan barang masing-masing.

3.00 petang – 4.00 petang
Sesi ceramah ketiga oleh penceramah jemputan.

4.00 petang – 5.30 petang
Penyampaian hadiah dan sijil penghargaan kepada kumpulan  terbaik serta para AJK yang terlibat.

5.30 petang – 5.45 petang
Jamuan ringan.

5.45 petang
Majlis bersurai.


Secara keseluruhannya, Kem Motivasi “Believe Me, I Can Fly”  ini berjalan dengan lancar. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini banyak memberi pengajaran dan manfaat kepada para peserta. Di samping dapat manambah ilmu pengetahuan, program ini juga dapat membentuk jati diri dan sahsiah setiap peserta. Para peserta juga dapat memupuk sikap saling hormat-menghormati, berani mencuba, bekerjasama, semangat berkumpulan serta mendidik para peserta berfikir secara kreatif dan kritis.