Pada 7 Mac 2014, SJK (C)
Chee Mong telah mengadakan kem motivasi yang bertemakan ‘123 Let’s Go” selama 2
hari 1 malam bertempat di sekolah SJK (C) Chee Mong. Kem motivasi ini telah
disertai oleh 48 orang murid tahap 2 yang terdiri daripada murid tahun 4, 5 dan
6. Semua guru terlibat dengan program
ini. Selain itu, program ini telah dijalankan dengan kerjasama daripada badan
sukarelawan yang bertindak sebagai fasilitator. Mereka dijemput khas dari Kuala
Terengganu dan Alumni sekolah.
7 MAC 2014
8.00 pagi- 8.30pagi
Para peserta mula
membuat pendaftaran nama bagi mengesahkan kehadiran mereka.
8.30pagi-10.00pagi
Selepas mendaftar, para
peserta berkumpul di dewan kecil untuk sesi suai kenal (ice breaking) di mana
para peserta telah dibahagikan kepada 6 kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai 7-9
peserta dan 2 orang guru. Aktiviti diteruskan dengan sesi bergambar bersama
pihak fasilitator.
10.00pagi-10.30pagi
Sesi berikutnya
diteruskan dengan aktiviti nyanyian lagu isyarat.
10.30pagi-12.00tengahari
Aktiviti diteruskan
dengan aktiviti “Yes, i can” di mana para peserta berada dalam kumpulan
masing-masing dan mendengar ceramah motivasi daripada fasilitator jemputan.
Ceramah ini bertujuan untuk membangkitkan semangat murid untuk belajar. Di
akhir aktiviti ini, murid-murid telah diminta untuk menghasilkan mutiara kata
dan digantungkan pada pokok berhampiran kantin.
12.00tengahari-1.00petang
Para peserta makan
tengahari dan berehat.
1.00petang-3.00petang
Aktiviti diteruskan
dengan mencari harta karun. Dalam aktiviti ini, murid-murid dibahagikan kepada 6
kumpulan. Setiap kumpulan akan terdiri daripada 7-9 orang murid dan dua orang
guru. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memupuk semangat kerjasama dan
setia kawan dikalangan para peserta. Sesi ini tamat pada pukul 3.00 petang
3.00petang-3.30petang
Setiap kumpulan diberi
masa melakukan perbincangan bagi membuat persediaan persembahan.
3.00petang-5.00petang
Aktiviti Let’s Get Wet
dijalankan bagi membina semangat dikalangan para peserta.
5.00petang-5.30petang
Para peserta dibenarkan
berehat (mandi dan sembahyang bagi murid beragama Islam).
5.30petang-7.30petang
Para peserta dikehendaki
membuat persediaan makan malam di mana dalam sesi ini, setiap kumpulan
dikehendaki memasak hidangan makan malam untuk kumpulan masing-masing. Setiap
kumpulan telah diberi bahan mentah seperti ayam, kentang, sayur, bawang merah,
bawang putih dan beras.
7.30petang-9.00malam
Aktiviti kuiz dijalankan
bagi menguji tahap pengetahuan para peserta.
9.00malam-10.00malam
Acara keagamaan
(sembahyang hajat untuk peserta Islam)
10.00malam-10.15malam
Para peserta diberi makan
malam.
10.15malam-6.00pagi
Semua peserta
dikehendaki tidur
8 MAC 2014
6.15pagi-6.40pagi
Solat subuh bagi murid
beragama Islam
6.50pagi-7.00pagi
Murid-murid dikehendaki
membuat persediaan untuk senaman pagi.
7.00pagi-8.00pagi
Senaman pagi
8.00pagi-8.30pagi
Sarapan pagi
8.30pagi-10.45pagi
Teknik menjawab kertas
soalan Sains.
10.45pagi-11.00pagi
Minum pagi
11.00pagi-1.00petang
Teknik menjawab kertas
soalan Bahasa Cina.
1.00petang-1.30petang
Makan tengahari.
1.30petang-2.00petang
Para peserta menjalankan
aktiviti gotong-royong mengikut kumpulan masing-masing. Setiap kumpulan
dibahagikan kepada beberapa kawasan.
2.00petang-3.00petang
Para peserta diberi
ruang dan masa untuk membuat persediaan terakhir sebelum persembahan bermula.
3.00petang-4.00petang
Persembahan oleh kumpulan-kumpulan
peserta kem motivasi.
4.00petang-5.00
Majlis penutupan kem
motivasi oleh guru besar. Pihak sekolah telah memberi sijil penghargaan dan cenderamata kepada
pihak-pihak yang terlibat sepanjang kem motivasi ini.
5.00petang-5.30petang
Makan petang
5.30petang
Majlis bersurai
Secara keseluruhan, daripada aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program kem motivasi berlangsung, banyak pengajaran yang diperolehi oleh peserta. Di samping mendapat ilmu yang bermanfaat, program ini juga dapat membentuk nilai-nilai murni dalam diri setiap peserta seperti berusaha selain memupuk sikap hormat-menghormati, setia kawan, bekerjasama dan mencintai alam sekitar dalam diri mereka.