Sunday 16 March 2014

Kem Motivasi 2014

KEM MOTIVASI 2014 ( 2D1N )

Pada 7 Mac 2014, SJK (C) Chee Mong telah mengadakan kem motivasi yang bertemakan ‘123 Let’s Go” selama 2 hari 1 malam bertempat di sekolah SJK (C) Chee Mong. Kem motivasi ini telah disertai oleh 48 orang murid tahap 2 yang terdiri daripada murid tahun 4, 5 dan 6.  Semua guru terlibat dengan program ini. Selain itu, program ini telah dijalankan dengan kerjasama daripada badan sukarelawan yang bertindak sebagai fasilitator. Mereka dijemput khas dari Kuala Terengganu dan Alumni sekolah.


7 MAC 2014
8.00 pagi- 8.30pagi
Para peserta mula membuat pendaftaran nama bagi mengesahkan kehadiran mereka.

8.30pagi-10.00pagi
Selepas mendaftar, para peserta berkumpul di dewan kecil untuk sesi suai kenal (ice breaking) di mana para peserta telah dibahagikan kepada 6 kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai 7-9 peserta dan 2 orang guru. Aktiviti diteruskan dengan sesi bergambar bersama pihak fasilitator.

10.00pagi-10.30pagi
Sesi berikutnya diteruskan dengan aktiviti nyanyian lagu isyarat.

10.30pagi-12.00tengahari
Aktiviti diteruskan dengan aktiviti “Yes, i can” di mana para peserta berada dalam kumpulan masing-masing dan mendengar ceramah motivasi daripada fasilitator jemputan. Ceramah ini bertujuan untuk membangkitkan semangat murid untuk belajar. Di akhir aktiviti ini, murid-murid telah diminta untuk menghasilkan mutiara kata dan digantungkan pada pokok berhampiran kantin.

12.00tengahari-1.00petang
Para peserta makan tengahari dan berehat.



1.00petang-3.00petang
Aktiviti diteruskan dengan mencari harta karun. Dalam aktiviti ini, murid-murid dibahagikan kepada 6 kumpulan. Setiap kumpulan akan terdiri daripada 7-9 orang murid dan dua orang guru. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memupuk semangat kerjasama dan setia kawan dikalangan para peserta. Sesi ini tamat pada pukul 3.00 petang

3.00petang-3.30petang
Setiap kumpulan diberi masa melakukan perbincangan bagi membuat persediaan persembahan.

3.00petang-5.00petang
Aktiviti Let’s Get Wet dijalankan bagi membina semangat dikalangan para peserta.

5.00petang-5.30petang
Para peserta dibenarkan berehat (mandi dan sembahyang bagi murid beragama Islam).

5.30petang-7.30petang
Para peserta dikehendaki membuat persediaan makan malam di mana dalam sesi ini, setiap kumpulan dikehendaki memasak hidangan makan malam untuk kumpulan masing-masing. Setiap kumpulan telah diberi bahan mentah seperti ayam, kentang, sayur, bawang merah, bawang putih dan beras.

7.30petang-9.00malam
Aktiviti kuiz dijalankan bagi menguji tahap pengetahuan para peserta.

9.00malam-10.00malam
Acara keagamaan (sembahyang hajat untuk peserta Islam)

10.00malam-10.15malam
Para peserta diberi makan malam.

10.15malam-6.00pagi
Semua peserta dikehendaki tidur


8 MAC 2014

6.15pagi-6.40pagi
Solat subuh bagi murid beragama Islam

6.50pagi-7.00pagi
Murid-murid dikehendaki membuat persediaan untuk senaman pagi.

7.00pagi-8.00pagi
Senaman pagi

8.00pagi-8.30pagi
Sarapan pagi

8.30pagi-10.45pagi
Teknik menjawab kertas soalan Sains.

10.45pagi-11.00pagi
Minum pagi

11.00pagi-1.00petang
Teknik menjawab kertas soalan Bahasa Cina.

1.00petang-1.30petang
Makan tengahari.

1.30petang-2.00petang
Para peserta menjalankan aktiviti gotong-royong mengikut kumpulan masing-masing. Setiap kumpulan dibahagikan kepada beberapa kawasan.

2.00petang-3.00petang
Para peserta diberi ruang dan masa untuk membuat persediaan terakhir sebelum persembahan bermula.

3.00petang-4.00petang
Persembahan oleh kumpulan-kumpulan peserta kem motivasi.

4.00petang-5.00
Majlis penutupan kem motivasi oleh guru besar. Pihak sekolah telah memberi sijil  penghargaan dan cenderamata kepada pihak-pihak yang terlibat sepanjang kem motivasi ini.

5.00petang-5.30petang
Makan petang

5.30petang
Majlis bersurai

Secara keseluruhan, daripada aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program kem motivasi berlangsung, banyak pengajaran yang diperolehi oleh peserta. Di samping mendapat ilmu yang bermanfaat, program ini juga dapat membentuk nilai-nilai murni dalam diri setiap peserta seperti berusaha selain memupuk sikap hormat-menghormati, setia kawan, bekerjasama dan mencintai alam sekitar dalam diri mereka.